Ada apa dengan ais batu?
Tahukah anda yang ais batu bukan sekadar untuk menambah kesejukkan dalam minuman anda? Ia lebih dari itu. Tak percaya? Mari kita cuba menggunakan ais seperti tertera di bawah ini:
1. Melembutkan nasi yang ditinggalkan semalaman
Bila kita panaskan nasi yang lebih semalam, selalunya ia akan menjadi kering dan keras. Masukkan sedikit ketul ais batu ke dalam pinggan nasi kemudian panaskan seperti biasa dalam ketuhar mikro seperti biasa. Anda akan dapati nasi akan menjadi lembut dan lembap seperti baharu masak.
2. Memekatkan kuah salad
Sekiranya anda membuat kuah salad berasaskan minyak, pastinya anda mahukan kuah yang sedikit pekat ke atas sayuran salad anda. Caranya, masukkan seketul ais ke dalam kuah salad yang ada itu dan goncangkan sebati.Ais akan berfungsi sebagai pemekat minyak, seterusnya menjadikan kuah lebih pekat. Jangan lupa buangkan lebihan ais dalam kuah itu.
3. Meratakan permukaan permaidani yang berkedut
Kesan tindihan perabot atas permaidani akan menjadikan permaidani itu keronyok dan tidak menarik. Apa yang boleh dilakukan ialah, ambil seketul ais letakkan atas kawasan yang terjejas itu, barkan ia cair. Setelah semua cair, ambil berus dan sikat serat permaidani hingga ia kembali elok.
4. Keluarkan gam gula-gula getah melekat pada pakaian
Satu perkara yang tidak menyenagkan apabila gula-gula getah melekat pada pakaian terutama pada pakaian anak-anak. Apa yang boleh anda lakukan ialah ambil beberapa ketul ais dan letak pada tempat yang terjejas itu. Ini menyebabkan gam tersebut mengeras, dan anda boleh ambil pisau dan kuiskan gam tadi. Ia akan menjadi mudah untuk dibuang.
5. Keluarkan lemak dari kuah atau sup
Selalunya apabila kita memasak kuah atau sup, minyak yang berlebihan akan terbit pada permukaan kuah. Untuk membuang lebihan minyak itu, apa yang perlu dilakukan ialah letakkan ais dalam senduk anda kemudian selak bahagian bawah kuah anda. Lemak minyak secara semulajadi akan berkumpul disenduk anda sekaligus menyenangkan anda untuk membuang lebihan minyak lemak itu.
6. Membuang serpihan kayu halus dibawah kulit
Ambil ais batu, gosokkan di kawasan yang terkena serpihan itu,ini akan membantu ia menjadi kebas dan memudahkan untuk menarik keluar serpihan dibawah kulit.
7. Pakaian tidak berkedut
Seterika rosak? Jika anda mempunyai pengering pakaian dirumah, bolehlah mencuba kaedah ini. Masukkan beberapa ketul ais didalam pengring pakaian bersama pakaian yang hendak dipakai itu. Fungsi ais batu itu akan menjadi steamer pada pakaian. Apabila siap dikeringkan, pakaian tidak lagi berkedut.
Itu adalah beberapa kegunaan ais yang mungkin tidak diketahui umum. Bolehlah mencuba cara-cara kegunaan diatas ini.
Selamat mencuba!